Monday, August 27, 2007

Peserta DMPBTR wakili DMPWP ke Pertandingan Pidato Kemerdekaan Anjuran BPPWP dan DMPP

Peserta dari Dewan Muslimat PAS Bdr Tun Razak, Saudari Noorul Shamsiah Mohamed Ali akan mewakili Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Pidato Kemerdekaan anjuran Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. Pertandingan ini akan diadakan pada 29 Ogos 2007 di Putrajaya.

Beliau juga akan turut mewakili Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Akhir Pidato Kemerdekaan anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat menerusi Lajnah Penerangan dan Dakwahnya yang akan diadakan pada 31 Ogos 2007 di Taman Melewar.

Sebelum daripada ini, Saudari Noorul Shamsiah telah menewaskan 2 orang lagi peserta dari Lembah Pantai dan Titiwangsa untuk merangkul hadiah wang tunai, piala iringin serta sijil penyertaan di samping Piala Pusingan Ustazah Hayati dalam Pertandingan Pidato Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Peringkat Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan pada 19 Ogos 200 yang lalu.

Kepada Saudari Noorul Shamsiah, diucapkan Selamat Berjuang dalam pertandingan yang seterusnya.

Wednesday, August 8, 2007

Diari DMPBTR Ogos 2007

11 Ogos 2007
-Kolokium PAS & 50 tahun Merdeka - 9 pagi, TM

11 Ogos 2007
-Nisa' Talkshow - 2.30 ptg, Masjid KLCC

12 Ogos 2007
-Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden (peringkat WilayahPersekutuan) - 8.30 pagi, TM

19 Ogos 2007
-Pertandingan Pidato sempena Kemerdekaan (peringkat Muslimat Wilayah Persekutuan) - 3 petang, TM